Rasulullah saw telah bersabda "Ya Allah! Berkatilah umatku dalam masa pagi-paginya." Rawi berkata,"Baginda ketika mengirimkan bala tentera, baginda kirimkan pada waktu pagi.
Sakhr Al-Ghamidi selepas itu bukan sahaja beliau mendengar dan meriwayatkan hadith ini dari Nabi, bahkan beliau terus beramal dan istiqamah (berterusan) menyelesaikan kerja-kerjanya selepas Subuh.
Sakhr Al-Ghamidi merupakan seorang peniaga. Oleh sebab beliau nak sangat beramal dengan hadith nabi di atas, habis saja solat Subuh dan sedikit amalan di waktu pagi, beliau akan pergi ke kedai-kedai dan rumah-rumah peniaga-peniaga dan menarik kaki mereka hingga mereka terjaga dari tidur.
Bila peniaga-peniaga tersebut bangun dari tidur dikejutkan oleh Sakhr Al-Ghamidi, beliau pun bertanya kepada peniaga-peniaga itu, "Kenapa kalian tak buka kedai pada waktu awal-awal pagi?
Jawab para peniaga "Buat apa nak buka kedai pagi-pagi, tiada siapa pun yang akan datang ke kedai pada waktu ini (hanya engkau yang datang mengganggu tidur kami)."
Jawab Sakhr ra, "Walaupun tiada siapa pun datang ke kedai kalian pada waktu awal pagi, tapi yakinlah bahawa Allah menurunkan keberkatannya pada waktu pagi," pesan Sakhr ra kepada peniaga tersebut.
Beliau sangat yakin dan berterusan berpegang dan beramal dengan hadith nabi tersebut.
Sahabat-sahabat nabi yang lain menceritakan bahawa kekayaan Sakhr Al-Ghamidi ra dari hari ke hari bertambah dan bertambah sampai beliau menjadi sangat kaya.
Ada yang mengatakan beliau jadi sangat kaya sampaikan tiada lagi ruang di rumahnya untuk menyimpan wang. (Zaman dulu tak pakai wang kertas tapi pakai duit emas dan perak)
Ulama' berpendapat waktu turunnya keberkatan dari Allah adalah dari waktu selepas solat Subuh sampailah matahari naik.
KESIMPULAN
Selepas itu jangan pula tidur (masa cuti) tapi buat amalan atau kerja-kerja rumah sampai masuk Dhuha dan solat Dhuha dua rakaat. Semoga bermanfaat.
© 2020 Alyasouq.com
Website created by Abu Amru