KELEBIHAN SOLAT DHUHA
1 - Amalan Murah Rezeki
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” — Hadis Riwayat Abu Dawud
2 - Diampunkan Dosa
Mendapat keampunan dosa terdahulu. Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” — Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
3 - Mendapat pahala umrah.
Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” — Sahih Al-Targhib: 673
CARA SOLAT DHUHA
Sebelum menunaikan Solat Dhuha, kita perlu pastikan dahulu berada dalam waktu Dhuha.
WAKTU SOLAT DHUHA. Waktu solat Dhuha adalah apaabila matahari telah naik sekadar satu galah (lebih kurang 1.5 meter) tinggi pada waktu pagi. Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa antara waktu yang terbaik untuk solat Dhuha adalah pada waktu tanah sudah mulai panas dan anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan.
Secara mudahnya, waktu solat Dhuha adalah bermula lebih kurang 30 minit lepas waktu terbit matahari (Syuruk). Habis waktu Dhuha pula adalah bila hampir gelincirnya matahari sebelum masuk waktu Zohor.
CARA MELAKUKAN SOLA DHUHA
Solat Dhuha didirikan sebanyak 2 rakaat - 1 salam. Untuk buat lebih solat Dhuha boleh diulangi sebanyak 6 kali menjadikannya 12 rakaat - 6 salam.
Niat dalam bahasa Melayu, “Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.
Selepas membaca surah Al-Fatihah di rakaat yang pertama, kita dianjurkan untuk membaca surah As-Syams. Kemudian rukuk, itidal dan sujud seperti biasa.
Pada rakaat kedua, selepas surah Al-Fatihah dianjurkan untuk membaca surah Ad-Dhuha. Kemudian rukuk, itidal dan sujud seperti biasa.
DOA SOLAT DHUHA
Setelah salam pada tahiyyat akhir solat Dhuha, dianjurkan untuk membaca doa di bawah.
Makna doa solat Dhuha dalam Bahasa Melayu,
Di bawah adalah doa Dhuha yang dilagukan agar mudah kita sama-sama hafal.
(Kesimpulan)
© 2020 Alyasouq.com
Website created by Abu Amru