Al-Quran merupakan sebuah mukjizat. Banyak kelebihan yang terkandung dalamnya termasuklah surah Al-Waqiah yang juga dikenali sebagai surah rezeki. Namun tahukah kita bagaimana surah Al-Waqiah dikenali sebagai surah rezeki. Mari kita ikuti kisah Abdullah Ibnu Masood ini.
KISAH ABDULLAH IBNU MASOOD
Abdullah Ibnu Masood (ra) telah sempat hidup sampai zaman Saidina Uthman (ra). Setelah dia bersara, dia kembali tinggal di Madinah sampailah beliau gering (sakit).
Saidina Uthman (ra) menziarahi beliau apabila mendengar bahawa sahabat yang dikasihi oleh Rasulullah itu jatuh sakit dan nazak. Di tepi katil Abdullah Ibnu Masood berlakulah perbualan ini.
Uthman: Apakah sakitmu wahai sahabat?
Abdullah: Dosa-dosaku.
Uthman: Apakah yang kau ingini?
Abdullah: Rahmat kasih sayang tuhan ku.
Uthman: Aku nak berikan gaji mu yang kau tolak sekian lama dari ku.
Abdullah: Aku tak perlukannya.
Uthman: Biarlah anak-anak perempuan mu mendapatkannya.
Abdullah: Adakah kau risau anak-anak perempuan ku akan jatuh miskin? (Kau jangan risau sebab) Aku telah suruh mereka untuk membaca surah al-Waqiah setiap malam.
Aku mendengar Rasulullah (saw) bersabda,
"Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam tidak perlu langsung takut akan kemiskinan."
Rasulullah juga berkata bahawa, 'Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan, bacalah surah ini dan ajarkan anak-anakmu (membaca surah al-Waqiah).
KESIMPULAN
Setiap dari kita bimbang dan khuatir jika jatuh miskin. Semua orang juga mengidamkan kehidupan yang bebas dari hutang dan mempunyai sumber kewangan yang stabil. Dalam masa-masa yang mencabar ini kita tak kan pernah rugi dengan mengamalkan pesan nabi yang kita kasihi untuk mengamalkan Surah Al-Waqiah dengan istiqomah.
© 2020 Alyasouq.com
Website created by Abu Amru