Apa pun pengertian rezeqi adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Jika tidak masakan banyak amalan-amalan yang diajar oleh Rasulullah untuk memudahkan rezeki kita. Di bawah disenaraikan beberapa amalan yang terbukti memurahkan rezeki menurut al-Quran dan Hadith.
Terdapat sebuah kisah yang sangat mahsyur tentang istighfar, di mana Imam Hasan Al-Basri didekati tiga orang lelaki yang datang dengan masalah-masalah mereka. Lelaki yang pertama mengadu hal tentang masalah kemarau di tempatnya, lelaki yang kedua mengadu hal tentang kemiskinanya dan lelaki yang ketiga mengadu hal tentang isterinya sukar mendapatkan anak. Untuk ketiga-tiga lelaki ini Imam Hasan Al-Basri memberi pesan untuk banyakkan beristighfar.
Baca Lagi Tentang Kisah Imam Hasan Al-basri di sini.
Sehingga aku berkata (kepada mereka):
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10)
(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11)
Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (12)
(Nuh: 10 - 12)
Baca Kisah Imam Ahmad Ibnu Hanbal
Solat Sunat Dhuha merupakan sebuah amalan yang amat sinonim dengan kemurahan dan kemudahan rezeki.
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
Cara Solat Sunat Dhuha dan Doa Solat Dhuha
AMALAN 3: MEMBACA SURAH AL-WAQIAH
Surah al-Waqiah juga telah dinamakan sendiri oleh Rasulullah (saw) sebagai surah Rezeki. Rasulullah (saw) menyuruh umatnya mengajar anak-anak kita membaca surah al-Waqiah dan mengamalkannya setiap malam supaya dihindarkan dari kemiskinan.
Tidak rugi untuk kita menggunakan masa kita sepuluh minit setiap hari untuk membaca Surah Al-Waqiah.
Bagaimana Surah Al-Waqiah dikenali sebagai surah rezeki - Kisah Abdullah Ibnu Masood
AMALAN 4: BERSEDEQAH
Firman Allah: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah: 245)
Ulama' tafsir menafsirkan 'pinjaman yang baik' sebagai pemberian sedeqah.
Sukar untuk kita terima tetapi itulah Sunnah Allah dalam hidup ini, orang yang banyak memberi akan beroleh lebih dari Allah.
Namun yang pastinya adalah pemberian kita hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah.
AMALAN 5: BANGUN AWAL PAGI
Antara rahsia yang orang-orang kaya dan berjaya dalam hidup adalah mereka sentiasa bangun awal di pagi hari. Antara mereka adalah Richard Branson,Tim Cook (Ex-Apple CEO), Bob Iger dan ramai lagi.
Begitu juga dengan ulama'-ulama' silam mereka bangun awal sebelum Subuh untuk bertahajud dan menetelaah kitab-kitab ilmu. Lihatlah hasilnya adalah ilmu yang sangat bermanfaat kepada kita hingga ke hari ini.
Sebaiknya sebagai seorang Muslim kita bangun awal pagi dan ambil peluang untuk bertahajud kemudian masa yang ada boleh diisi dengan belajar meningkatkan kualiti diri atau melakukan pekerjaan-pekerjaan lain.
Selepas Subuh jangan pula tidur, teruskan pagi kita dengan aktiviti-aktiviti yang produktif. Seorang sahabat sangat terkenal dengan memanfaatkan waktu awal pagi sehingga beliau menjadi orang yang sangat kaya dan berjaya di zamannya. >> Kisah Sakhr al-Ghamidi >> Dikatakan beliau sangat kaya hinggakan rumah kediamannya tidak muat untuk menyimpan wang dan hartanya.
>> Cara untuk mudah bangun awal pagi >>
---------- (10 dash) ---------- (10 dash) ---------- (10 dash)
>> Himpunan Doa' yang Berkaitan dengan Rezeki >>
>> Adv >>
© 2020 Alyasouq.com
Website created by Abu Amru